CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, June 22, 2009

Mutiara Hati Nolibahrim

Tiada manusia yang bergembira sepanjang masa tetapi ianya bukanlah suatu alasan untuk hidup sengsara

Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.


Sahabat sejati dan setia adalah lebih bernilai dari semua emas di dunia ini.

manusia dilahirkan untuk berteman. Kesunyian dan kesepian adalah satu halangan untuk manusia terus bersinar.
Namun adekalanya kesunyian itu menjadi indah tatkala mencari sinar diri dan muhasabah diri.

Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan


Kalaulah anda tidak mampu untuk menggembirakan orang lain, janganlah pula anda menambah dukanya.
Hanya pada Tuhan Yang Maha Esa......Maha Pendengar..... jiwa mampu bangkit untuk terus menjadi kuat.

Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.


Mengapa..... manusia kekadang akan alpa di mana bermula nya episod kemesraan.. Bila nafsu menguasai hati yang marah, tiada lagi kewarasan di minda.

esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok.

Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat

Nukilan Kenalan Baru Untuk Renungan Bersama

"Jangan disimpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

"Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi."

"Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan karena perginya tanpa berpatah lagi."

"Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya."

"Sahabat sejati umpama pohon rendang tempat kita berteduh."

Monday, June 15, 2009

Kebahagiaan Satu Anugerah

Selama ini yang dicari-cari akhirnya kutemui jua............kebahagian di hati dan di jiwa semakin menghampiri. Kasih sayang yang tiada tandingan mengutuhkan lagi sebuah perhubungan. Sejauh mana rintangan mendatang, cintaku jua tetap utuh dan abadi. Menemui kebahagiaan adalah satu anugerah yang amat bernilai. Ku memanjat kesyukuran kepadamu memberikan ku sentuhan untuk merasai apa itu kebahagiaan.

Sunday, June 14, 2009

Kepada Mu Ku Kembali

Ya Allah, engkau berikanlah nur dalam setiap genap kehidupan. Sesungguh nurMu tiada tandingan. Kepada mu ku tadahkan tangan memohon keampunan dari Mu..........atas segala kesalahan ku sebagai seorang hamba yang semakin jauh dari Mu......... Namun......bila musibah engkau datangkan kepadaku......... barulah ku sujud kepadaMu Yang Maha Esa.........Oh.... bersalahnya hambaMu ini kepada Mu. Engkau ampunkan dosa-dosaku yang lalu, Engkau redhailah segenap perjalananku dari kecil sehingga ke akhir hayatku. Engkau sinarilah duniaku yang gelap ini....... Engkau lembutkanlah jiwaku yang keras ini...... Engkau jauhkan diriku dari hasutan syaitan,,,,,Engkau jadikanlah diriku HAMBA yang SOLEHAH.........dan isteri........ yang.......diredhai oleh Mu. Sesungguhnya inilah harapan terulung agar doaku dimakbulkan OlehMu wahai Allah Yang Maha Esa. Engkau temuikan aku pada Hamba-HambaMu yang telah menemui NurMu. Hiaskanlah peribadiku dengan NurMu.........bimbingilah daku yang lemah ini agar jiwa raga senantiasa utuh dan tabah menghadapi segala cobaan yang Engkau datangkan kepadaku.

Derita seorang isteri

Hari ni. lisa baca majalah . kira dah lamalah majalah tu......kisah si isteri dan anak-anak yang malang dek orang ketiga yang merampas si suaminya. Isteri dengan yakin dan nekad nak berusaha pulihkan kembali rumahtangganya........ akhirnya tewas jua. Si perampas tu pulak berlagak macam dia lah isteri sebenarnya. Di perginya dia ke rumah si isteri bertanyakan si suami... apa lagi .......... sakit hatilah dibuat si isteri ini. Akhirnya kata putus, si isteri diberi pilihan perceraian atau madu. Si isteri sudah tidak sanggup lagi bermandikan air mata akhirnya melepaskan jua cintanya pergi. Sebulan berair mata mengenangkan nasib diri akhirnya kembali meneruskan hidup dengan harapan baru dan nafas baru demi anak-anaknya yang masih kecil. Wahai wanita-wanita di luar sana yang bernama isteri termasuklah aku......... tabahkanlah hati dan tempuhlah dugaan ujian dariNya dengan penuh keimanan. Menghadap padaNya yang Maha Penyayang semestinya memberikan kita ketenangan dalam apa jua dugaan yang bakal kita tempuhi di hari esok. Alam rumahtangga banyak dugaannya,,,,,,,,,kan. jika bukan salah isteri, dah tentu salah suami. Siapa yang mulakan mungkin bukan tidak penting......... tetapi pengakhirannya...... dirilah yang merana. Hidup ini indah di saat bermadu asrama, bila habis manisnya......... yang indah tu jadi kelabu lah jawabnya.